Saya diberitahu oleh seorang rakan guru keputusan peperiksaan STPM 2007 akan keluar pada 11 Mac 2008 (hari Selasa) depan ...
:-S Saya yang berdebar-debar ni ... setiap kali diumumkan tarikh keputusan peperiksaan STPM keluar, begini lah perasaan saya ... bercampur-baur jgk ... excited pun ada jgk .. walaupun bukan saya yang akan menerima slip keputusannya ... tapi mungkin kerana merasakan bahawa sebahagian daripada faktor kejayaan / kegagalan seseorang murid itu adalah daripada guru yang mengajarnya ....
Saya telah memasuki tahun ke-5 mengajar subjek Pengajian Perniagaan tingkatan 6 dan tahun ini merupakan tahun ke-4 bagi keputusan subjek ini dikeluarkan (kali pertama : tahun 2004) ... Setakat ini the best results bagi subjek ini adalah last year ... Mudah-mudahan result tahun ni meningkat dari segi % lulus penuh (kuantiti) & GMP (kualiti) ...
Beberapa bekas pelajar cikgu (tingkatan 6 atas, 2007) telah mengirim SMS meluahkan perasaan takut / nervous mereka ... Saya harap calon-calon STPM 2007 yang bakal menerima result nanti akan cuba sedaya upaya menenangkan fikiran .. dan tawakkal lah ... iya lah .. bagi cikgu, kamu semua sudah buat sehabis baik ...
So we'll just wait and see ... apa-apa pun keputusannya .. kita kena redha kan :-)